Sabtu, 25 Februari 2012

Titipan Awal

Assalamualaikum..
Laman blog merupakan satu medan yang baru bagiku.Bukan baru mengenal istilah blog akan tetapi mula menceburi dengan perlahan-lahan bidang penulisan melalui blog.
Tidak dinafikan medan atau ruang untuk berdakwah pada zaman yang segala macam maklumat hanya dihujung jari ini bukan hanya berkhutbah didalam masjid bahkan kita sepatutnya memanfaatkan ruang yang ada untuk berkhidmat untuk Islam.Blog adalah salah satu daripada ruang yang patut dimanfaatkan oleh golongan ilmuan.
Semoga dengan sedikit usaha yang dilakukan ini menjadi pemberat mizan dihari akhirat kelak.
                                                  " Kita Adalah Rantai Perjuangan "